THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, February 28, 2009

SPM result 2008

Setiap hari, semua orang sibuk menanyakan perkara ni.
Naik bosan sudah aku. Dengan rasa tanpa was-was dan confidentnnya aku memaklumkan bahawa tarikh keluar keputusan SPM ialah pada
12hb MAC 2009 bersamaan pada hari Khamis
puas sudah?
aku dapat berita ni daripada cikgu-cikgu SMSJ yang boleh dipercayai [???] masa KOT tengahari tadi.
Rasanya tarikh ini memang ada sahihnya sebab plkn kumpulan 1 balik 9 or 10 hb Mac. dan, plkn kump. 2 bermula pada 19hb Mac 2009.
tapi, aku tak cakap 100% betul..
Alar.. ape korang susah.. Lambat laun keluar juga keputusannya nanti.
ye idak?
Apa-apa pun, wish luck utk semua member-member batch 2008 Sains Johor!
Perfect A1. termasuklah aku.
Amin..perkenankanlah...

Thursday, February 26, 2009

kreeeekKKkkk!!!!

Hari ni bangun lambat. Abah kejut pukul 6, lepas salam cium tangan abah terus aku sambung balik tidur. Awal pagi lagi abah kena balik JB. Kerja… Sudah lebih setahun. Lepas ni tak tahu lah ke mana pula.. Arab Saudi? hmm…
Tinggal sudah cerita abah~~ Hari ni ada kelas memandu ; malasnya mahu pergi. Jam sudah pukul 6.30 pagi. Aku jalan malas masuk bilik air. Melihat muka yg fresh baru bangun ni betul-betul bertentang dengan cermin atas sinki. Huh? Fulamak.. Handsome habis!!! hak! hak! Lepas solat subuh aku terus rebahkan balik badan aku atas katil. Terfikir sejenak dalam hati aku, hampeh punye nyamuk. Tak tidur malam aku melayan nyamuk. sambung balik tidur…~~
Tak tidur sebenarnya aku subuh ni. Banyak pula ceritanya hati aku ni. Malas mahu layan. Aku mandi saja. Pukul 8 nanti abg hashim ambil pergi kelas. Lama aku tunggu. Sejam sudah. Call abg Hashim dia minta tukar petang, pagi penuh.. huh..
Petang ni akademi tak ramai orang. Aku pun tak jumpa sapa-sapa yg aku kenal. Aku bawa motor sorang-sorang saja lah. Sambil menunggang sempat juga tengok gelagat 3 orang awek cina.. Hmm.. first time la ni. Hidupkan enjin pun fail. (kah! kah! kah! ; ketawa dalam hati ler.. jahatnya aku..haha) Teringat masa first time aku; bukannya sebab tak reti nak hidupkan enjin tapi tak tau nak tunggang ikut jalan mana. Macam org bodo je.. Nasib baik ada sorang akak nih tolong tunjukkan. Haha malunya.. ~~pukul 4:40 pulang kunci. Test kereta~~
Mandu biasa saja.. Tak macam masa test dengan kereta akak syari dulu-dulu. Divider jalan pun mau landing. (Haha, nasib tak langgar pokok. Aku mandu jalan besar Kluang-Batu Pahat. Buat sekali round terpaksa balik akademi. Banyak sangat kereta-masa tak sesuai,orang balik kerja. Aku mandu memang berhati-hati habis lah! Kalau silap sikit ja nanti org yg duduk sebelah ni suruh berenti la pulak.(tak pernah lagi dan takkan!) Aku bukannya apa, tak boleh tahan kalu org sebelah ni buat-buat suara tak puas hati kalau ada silap sikit. Haha.. Dah nak dekat sampai akademi gear tak masuk sudah. KReEEEEKKKKkkk!!!! hah! first mistake! hahahadoiyaai… terlebih tekan sudaa… aku jeling org seblah, muka dah lain saja. Dalam hati aku terkata - abg Hashim; Habis jahanam gear aku kena tibai budak nih…) kekekekehh…. Sori… hehehe, aku buat muka slanga.XD
Di akademi belajar parking dgn naik bukit.. Hampir pukul 6 ptg balik… Sambung Jumaat depan. tataa~~



Zuhair M. kata; boring? lor..sapa suruh baca, aku tulis saja. huh..

Rindu kamu yang dekat...

semalam…

aku teringat dia…

hari ini,

aku teringat dia…

esok,

siapa tahu…
aku mahu tentang mata dia

tapi belum menyusur masanya

entah bila

kita boleh bersua

entah bila

kita dapat bersama

tapi aku percaya

akan tiba masanya nanti

akan kutatap juga…

gigi besimu itu….

(hAHahAHAHAha!!!)

long way to go>>>