THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri pertama

Hari raya Aidilfitri tahun ini serba sederhana.

Entahlah..Raya saban tahun semakin pudar kemeriahannya. Selepas mandi sunat Aidilfitri dan berbaju raya baru, saya abah dan abang bersama-sama pergi menunaikan solat sunat aidilfitri di surau berdekatan. Balik semula rumah dan menunggu kakak2 yang lama sangat ... -.-

Pagi ini hampir 2 jam terlena di sofa menunggu(kesan sebab kurang tidur malam raya), Pukul 11 barulah dikejut. ' dah dik..cepatla..' Saya tak ingat siapa yang cakap macam tu. Dalam hati bengang sekejap, siapa yang lambat?-sambil menuju ke bilik air untuk membasuh muka.

Saya bersyukur kerana masih lagi berkesempatan bersama-sama seluruh ahli keluarga- abah, mama, abg joe, akak syare, akak aca, akak zura.. Dapat peluk cium mereka.

***

Kampung keluarga sebelah mama di Pt. Sulong. Ramai adik beradik mama. Ada 12 orang; 12 family. Tapi, sejak arwah nek Salmah meninggal, hari raya pertama tak ramai yang pulang ke kampung sini. Kalau ada pun cuma famili Pak Hasan, Mak Yah, Cik Nah, Pak Udin, Pak Ngah, Pak Su, Pak Ali.. (err ramai la tu kan..? ) tapi...

***

Selepas ziarah 'Taman Surga', kami beberapa famili ziarah rumah sedara berdekatan di Naning; Ayer Itam.... Famili yang ada rasanya seperti kami keluarga Pak Shaid ni saja. Pak Mail seorang saja balik kampung sini. Pak Su dengan dengan Mak Su. Cik Na dengan Uncle.. Oh man.... Semua sepasang suami isteri! Tak apalah.......

Sebelah malamnya ke kampung sebelah abah. Atuk Man dengan Atuk Non ada. Lain daripada itu, tak ada siapa. Famili Pak Su dan Pak Ngah dah balik. Hampir lewat malam pulang semula ke rumah. sunyi...

(-.-) tidur lagi bagus..




ok zura.. ini sangat fake. =))

Friday, September 18, 2009

Ikhlas dari hati

Kenalkah kamu siapa dia Zuhair? Apa yang kamu semua terfikir apabila nama ini disebut?

*****

****

***

**

*

Ok stop... Jawapannya kamu semua simpan saja dalam fikiran.


Mungkin ada yang kata dia ni baik, pemurah, suka tolong orang, cute, hensem, macho, menawan dan sebagainya!! ouuh.. terharu gile..

Mungkin juga ada yang kata.. sombong, bajet bagus, hipokrit, mulut celupar, cakap tak serupa bikin dan sebagainya.. Nauzubillah...

Kadangkala kita tidak kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang kita fikir tentang diri kita tidak semestinya sama dengan apa yang difikirkan orang lain tentang diri kita. Betul kan?

Kita perasan kita dah cukup bagus, bila orang di hadapan kita memuji kita, menyanjung kita. Tapi adakah mereka benar-benar ikhlas? Bagaimana apabila mereka berada di belakang kita? Adakah mereka masih lagi sebegitu. Ya.. mungkin segelintir. Tapi ada juga yang punyai lidah cabang dua. Mulalah mengutuk kita dan sebagainya. Pernah kah kita fikir situasi ini? Renung-renungkanlah...

Sesungguhnya saya ini manusia biasa. Bukannya sempurna.. Aku bukannya Superman..aku juga bisa.... eh.. Superman pun tak sempurna kan? Erm, berbalik semula kepada tadi, saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Saya ingin menjaga hati semua rakan-rakan dan orang di sekeliling saya. Daripada tutur kata, tingkah laku , sampailah bisikan dalam hati pun kalau boleh saya nak jaga. Kalau boleh, biarlah orang-orang di sekeliling kita berasa senang dan suka bersama kita. Walaupun begitu, apa yang kita cuba buat kadang kala disalah tafsir oleh mereka. .... Ada juga tika bila kita kata sesuatu, atau membuat satu perkara, kita tidak berniat pun untuk menyakiti hati sesiapa. Tapi orang terus hentam kita kata kita tak reti jaga hati lah.. Suka cari gaduh lah. erh.. pernah alami situasi begini juga? Renung-renungkanlah.

Sekali lagi, saya manusia biasa. Tidak sempurna. Sukar untuk menjaga hati orang lain kerana setiap manusia itu berbeza-beza.

Lagi satu contoh yang agak abstrak.(harap2 kamu fahamla). Kita tak
...

***
itu ayat semalam,
dah tak ada mood lagi untuk menaip.
Tiap hari mood kita berbeza2,

Subjek utama nya yang ingin saya beritahu, saya ini manusia biasa juga.
Tidak pernah tidak melakukan kesilapan, kesalahan dan dosa. Saya bukannya nabi. yang bersifat maksum. Sedangkan nabi sendiri pernah melakukan dosa.
Walaupun kadangkala kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan.
Sebagai seorang khalifah di bumi, saya juga amat perlu tunjuk ajar dan bimbingan daripada orang lain untuk ke jalan yang 'benar'.

Akhir kata, maafkan salah silap saya. Saya menyesal dengan apa yang saya sudah lakukan jikalau mengguris hati sesiapa saja tika saya hidup selama hampir 18 tahun ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Ingatlah orang yang tersayang...