THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Sunday, March 29, 2009

Motivasi tak perlu sebab.

Anda tidak perlukan sebab untuk jadi bermotivasi. Motivasi lahir dari hati. Kita boleh peralatkan benda, situasi, perkara dan orang perseorangan sebagai pencetus motivasi, tapi motivasi yang benar-benar bertenaga sebenarnya bersinar terus dari hati. Meh saya eksplain cemana ya.

Sekarang cuba tanya diri Anda sendiri. Sebab apa Anda bermotivasi? Adakah sebab Anda teringat matlamat Anda? Jika matlamat dah berjaya dicapai, adakah Anda pasti Anda akan terus bermotivasi?

Jawapannya YA jika Anda ada matlamat yang seterusnya. Jawapannya akan menjadi TIDAK jika sudah tidak ada lagi matlamat lain setelah matlamat tadi itu berjaya dicapai. Kekadang motivasi Anda sekejap ada, sekejap tak ada. Jika penyebabnya ada, maka adalah motivasi tu. Jika penyebabnya sudah tidak ada, maka motivasi turut menjadi tidak ada.

Bercakap soal hati, ia membawa kita kepada pencipta, Allah s.w.t. Jika kita mendahulukan Allah dalam apa jua yang kita lakukan, motivasi kita akan sentiasa menyala. Bahkan ia akan menyala sendiri, ibarat nyalaan api yang munculnya entah dari mana. Tiba-tiba ada begitu saja.

Jika kita niatkan mahu mengumpul PAHALA lebih dari segalanya, tanpa ada matlamat pun kita akan bermotivasi sentiasa. Ini bukan main-main punya cerita tapi memang betul punya kisah. Bila Anda melakukan sesuatu kerana Allah dan untuk mengharap pahala daripada Allah, maka Anda akan terdorong jadi bersemangat sepanjang masa. Tak le jadi sekejap ada motivasi, sekejap tak ada motivasi.

Hari ni tak ramai orang sanggup bekerja keras, berpenat lelah semata-mata kerana mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah kerana ganjarannya tak nampak apatah lagi dalam bentuk kewangan. Itulah masalah kita. Tapi, bagi orang-orang yang menganggap hidup ini satu kesempatan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin, dia akan sentiasa ada motivasi.

Dia sentiasa ada motivasi untuk bekerja dengan cukup bagus, hebat sekali.

Dia sentiasa ada motivasi untuk menjadi ketua keluarga dengan cukup hebat, baik sekali.

Dia sentiasa ada motivasi untuk jadi seorang yang berguna, seguna yang mungkin dan melakukannya dengan cukup cemerlang, berjaya sekali.

Dia sentiasa ada motivasi untuk jadi seorang yang gembira, cukup bahagia sekali.

Dia menjadi anak yang cukup bagus, kawan yang cukup baik, suami yang cukup penyayang, isteri yang cukup setia, pekerja yang cukup rajin, pelajar yang sangat tekun dan usahawan yang cukup cemerlang. Dia menjadi cukup bagus, cukup cemerlang, cukup hebat, cukup bahagia hanya kerana dia mendahulukan Allah dalam apa jua yang dilakukan olehnya.

Tiada orang lain berjaya melakukan apa yang dia lakukan kerana di dalam hati dia melakukannya bukan untuk mengharap kenaikan gaji, bukan untuk mengharap pujian, bukan untuk mendapat pengiktirafan, penghormatan atau untuk mengharap orang ‘respek gila’ ngan dia.

Tapi, dia melakukan apa yang dia lakukan hanya kerana dia amat mengharap balasan PAHALA daripada Allah s.w.t. Pada pendapat saya, inilah motivasi yang menjadi sebenar-benar motivasi.

Motivasi yang berlandaskan spiritual (ketuhanan) sinarnya lebih terang bergemerlapan, lebih gemerlap dari sinar motivasi lain di sekitarnya. Anda boleh jadikan alam semulajadi sebagi pencetus motivasi, cinta sebagai penyemarak motivasi atau keseronokan sebagai sumber motivasi. Anda boleh jadikan kewangan sebagai pemula motivasi. Dalam situasi tertentu, Anda boleh jadikan kisah orang lain sebagai motivasi.

Jika anda melakukan sesuatu dengan niat semata-mata untuk mengharap ganjaran PAHALA dan keredhaan Allah Anda akan mendapat kelima-lima bentuk motivasi tersebut. Mulai hari ni, kaji semula niat Anda. Tanya diri Anda sebab apa Anda jadi bermotivasi?

Untuk mengekalkan tahap motivasi kita, kena tanya balik hati kita ni cemana. Check part mana yang kena dibersihkan, part mana yang kena digilapkan. Kita takkan sedar yang hati kita ada bintik-bintik hitam yang tumbuh merata. Masa untuk Anda memuhasabah diri.

Check balik attitude, tahap pemikiran juga sikap Anda.

Naik yang baik, yang cukup bagus, yang cemerlang, Anda kena ubah diri menjadi baik, bagus dan cemerlang. Nak ke nak tak? Kalo nak, buat biar betul-betul. Tetapkan pendirian hingga Anda benar-benar berjaya mencapainya