THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �
Showing posts with label t jpj. Show all posts
Showing posts with label t jpj. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

Thank God!

Waah.. Dua hari yang mendebarkan..

Kelmarin dengan semalam memang rasa tak sedap perut aku.

Sakit perut.. haha..

ok, aku cerita sikit.


Pertama, Alhamdulillah aku sudah lulus ujian memandu JPJ hari Rabu lepas. Selepas melalui detik-detik yang penuh ke'bengang'an dan ke'psiko'an akhirnya.. lulus juga..


pheewh..


Test start sekitar pukul 9.15 pagi. Aku giliran ke-15.. Awal. Nasib baik, kalau lambat ke, giliran petang ke mesti pegawai JPJ tu mengamok. Yelah, dah macam-macam jenis orang kena test..

Mula-mula ku kena test naik bukit. Dengan tenangnya aku mendaki bukit, berhenti atas garisan kuning.... BREEEKK!!!

ok.. selamat..

Sekarang.. tekan minyak sampai mengaum...bila kereta dah terjongket naik, aku turunkanlah brek, tetapi.......


HalamAK!! kereta aku mengundur lah! haha..


Cepat-cepat aku tarik balik brek.. Gile kentang! Sengal..

Nak tambahkan lagi kesengalan enjin aku mati pulak tuh.. hadooiyai..

Aku start je balik.. buat bodo je la.. Orang JPJ tu macam bagi chance je.. yelar.. aku bukannya mengundur abis sampai jatuh ke bawah pun.. hehe..

Buat sekali lagi.. Kali ni aku pedulik apa kalau enjin kereta ni bunyi macam mana pun. Lantaklah! bukan kereta aku pun.. hakhakhak!!


Akhirnya, lepas juga...pheewhh...





Tunggu lebih kurang 20 minit, test di jalan raya pula.



"Nombor 15 sila ke kereta nombor 2! "(dup...dup...dup...),rilex-rilex.. chill...



Pegawai JPJ yang 'macho' berkaca mata hitam tu muka ketat saja dalam kereta tu.

Sebelum masuk, aku bagi salam..


"Assalamualaikum..."


"......krik...krik...krik....(bunyi cengkerik)........" , alar..maksudnye tak ada respon lah..!


Sabar je lah.. Terbantot rasanya nak salam orang sebelah aku ni.pergghh.. takpa la. Aku bukannya jenis yang kisah sangat.Semuanya ok kecuali ... bila mana aku aku nak masuk gear 3 , termasuk gear 5.


"Awak guna gear berapa tuh...." suara nada rendah..ala-ala malas..


hakhak..selamba...

tiga kali beb aku silap.. bangang je.. Last tu dia cakap.


"Awak ni berapa kali buat praktis..!!?? Baik awak jujur.. dah tiga kali ni..! Awak ambik lagi sekali je lah!!"




Sabar Zuhair..sabar... Tak payah jawab.. Nanti banyak cerita lain pula. Aku pun geram juga, apa pasal termasuk gear 5. (hmm..even kalau praktis selalu tak ada masalah, bila masa ujian, apa-apa pun boleh berlaku kan..?)

Masa tu aku dah fikir, ouuww.. tak lulus kah..? isk...
Balik akademi.. rasa cam down je.. tapi aku tak perasan pulak. Atas kertas ujian tu, Encik N**ri bagi aku lulus.. haha.. Alhamdulillah..



Parking tak ada masalah.. waahh layan awek skola TIGS lagi.. lama tuh.. Daripada giliran 40 ke 50, lepas tu sambung 1 ke 20. Kereta ada 4 je. hehe. aku giliran 15 dia giliran 16. Esoknya pun nak ambil result spm. (mati aku kalau Miss AnaY-anaY tau, haha) alar..boring, duk bual je le...tak ambil nomb0r pun.. XD



Akhirnya.. aku lulus..Alhamdulillah..thank God. Khamis depan test motor. Doakan aku yerp..



*****



Ingatkan malam Rabu je susah nak tidur, malam Khamis pun sama. Mood aku pun tak berapa baik. Nak tengok blog pun malas.. Sebab tu post pun lambat.. Maaf ye pada sesiapa-sesiapa yang jemput aku masuk blog tapi aku tak layan.. Tak ada moodlah. sori..



Dua hari ini aku terjaga pukul 4 pagi. pelik? tak tahu kenapa.



*****



Seawal 6 pagi buat rutin biasa. Pukul 7 pagi sampai pukul 8 pagi tengok tv kejap. Siap-siap pukul 9.15 pagi gerak ke Kluang dengan abah dan mama. Makan roti telur di kedai. Tapi macam tak boleh masuk. Rasa nak muntah.. Haha. Paksa juga!! Terserempak org Muar..>>>



Tiba di sekolah 10.50 pagi. Masa yang bagus untuk tiba. Pengumuman pukul 11 pagi. Cikgu Khai bagi pengumuman, 10 pelajar yang mendapat perfect A1. Ya Allah.. kecewanya.. Nama aku tak disebut.. Terkejut juga, nama Pian dengan Sarhan pun tak ada. ????! Cikgu Khai umum pula pelajar yang mendapat perfect A1+A2. Lama aku tunggu. DowN..... Killer vavi DOwN>>>> Tiba-tiba, cikgu Khai tergagap-gagap pula. Susah ke nak sebut nama?



"Muhamad Zu...ai... zz apa ni?? Muhamad Zuhaaaair! haa..."



OMG! Alhamdulillah... Sah nama aku. Kalau susah nak sebut tu memang nama aku la .. haha.. Habis umum, aku yang duduk dengan kawan-kawan terus jumpa abah dengan mama di tempat duduk sayap kanan DSK. Waahh... meleleh beb!! (yeaarhh peluk abah peluk mama..heee...Anak manja .. kah?) XD





Waah.. banyak tuntutan kena buat ni kepada sesiapa yang ada deal...hakhak.. Abah, mama, akak... hehe..



Erm, tapi rasa agak kecewa apabila 3 subjek aku dapat A2. hmm? betullah kata hati aku.. Subjek Teknologi Kejuruteraan, Kimia, dengan Matematik Tambahan. Aku terasa macam ada masalah sikit. Memang betol. Tapi, apa-apa pun aku redha.. Ini lah hasil 2 tahun aku di SM Sains Johor.

Masih jauh lagi perjalanan...>>>



Pian dan Sarhan dapat A2 dalam Teknologi kejuruteraan juga. Sayang... tak ada rezeki.. Daripada 54 orang pelajar Sains Teknikal yang ambil subjek TK, hanya 3 orang SAHAJA! yang dapat A1.. Memang satu masalah yang agak sukar untuk pelajar Teknikal.. isk... kerana tak ramai yang ambil subjek TK, dalam 3000 orang(kata Cikgu Razak) So...graf untuk A1 sangat tinggi...



Tahniah untuk Joko!! Nazmi .. Waahh cikgu aku ni dapat 10A1 !! terima kasih selalu ajar aku. esp Kimia.. Berbaloi duduk sebelah kau sejak awal tahun dulu.. hehe...time kaseh.. Azim.. jangan sedih-sedih... Takpe.. EST tuh ko buang je jauh-jauh.. haha.. kau masih ada 10A lagi kan...Tahniah...



Alhamdulillah.. Ramai member aku dapat perfect score.. Yang kurang berjaya tu.. ingat.. Ini baru sahaja satu permulaan. Semoga kita semua sukses untuk masa hadapan..=)