The aim is to learn on how to use these elements of design in creating a quality architectural space. so we are required to design a special space.
Lecturers comments
The aim is to learn on how to use these elements of design in creating a quality architectural space. so we are required to design a special space.
Posted by ::Z U L:: at 8:04 AM 0 love bite/s
Labels: architecture
Posted by ::Z U L:: at 3:30 AM 4 love bite/s
Labels: architecture
Posted by ::Z U L:: at 1:54 AM 0 love bite/s
Labels: architecture, emo
tahniah kerja.
bukan utama.
takpe.
bye-bye.
give up.
"full stop"
Posted by ::Z U L:: at 11:53 PM 0 love bite/s
Labels: architecture, emo
Moon Pulls from christina gransow on Vimeo.
rindu miss anum and miss imaya
siapa lagi yang akan tayangkan video yg sangat best mcm ni lagi.
saye rindu pasum..
rindu...
Posted by ::Z U L:: at 9:06 AM 0 love bite/s
Labels: architecture, emo
Posted by ::Z U L:: at 11:39 PM 0 love bite/s
Labels: architecture, emo



Posted by ::Z U L:: at 10:10 PM 1 love bite/s
Labels: architecture
Baru bangun tidur.. jam baru menunjukkan pukul 12 tengah malam..
adoiyai.. jadi penjaga malam lah nampaknya..
12 jam yang lepas, terjawab sudah keputusan yang dinanti-nanti kepada semua lepasan spm. Sapa2 yang belum cek ipta korang sila layari http://www.jpt.utm.my/ Page mohe.gov.my tu salu tak dapat. Buat hati ni panas saje!
ok skip2!
Setakat pukul 12 malam ni, saya ada wat survey(cam mush je) sape2 yg dapat kos ape n di mane. Hehe. Sebelum ni saya tak pernah nak menyibuk sgt. Tapi memandangkan dah lame tak dgr citer member2 yang laen nih, saye korbankan gak la kredit ni.. ishkk..
ERm b4 that, camne dgn saye?
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONANKEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
LEPASAN SPM/SETARAF
SEMESTER 1 SESI 2009/2010
NO. KAD PENGENALAN/MYKAD:911216******
NAMA:MUHAMAD ZUHAIR BIN MOHD SHAID
TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD: M0300
NAMA PROGRAM PENGAJIAN: ASASI ALAM BINA
IPTA: UM - UNIVERSITI MALAYA (UM)
SURAT TAWARAN: http://www.um.edu.my/kemasukan
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya mulai 04 Mei 2009 (Isnin)
Catatan : Pastikan anda mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN di laman web IPTA berkaitan mulai 04 Mei 2009 hingga 10 Mei 2009.

ALHAMDULILLAH .Meleleh lah gak.. Ye ar, inilah hasil usaha saya untuk 2 tahun di SMSJ.. Manisnya kejayaan itu bila kita dapat hasilnya. Tapi, masih awal lagi. Banyak lagi cabaran yang menanti saya. Doakan saya dapat laluinya dengan penuh kecemerlangan ekh! Member2 saya yang laen gak. Saya sentiasa mendoakn kejayaan kamu semua. (dalam diam2 masih juga menunggu jawapan tawaran biasiswa jpa).
OK! ni hasil survey saya... Terima kasih ekh korang yang balas mesej saya.. Yang tak balas tu saya assume korang tade kredit la. think positive.. hihi..
Abrar ; Asasi Sains Hayat,UM
Bai ; Asasi Sains Fizikal, UM
Aziz ;Pengurusan Perniagaan, UiTM
Azza ; Teknologi Multimedia Kreatif, UDIM
Acap ; Asasi Perubatan, UIA
Pintal ;Mekatronik, UiTM
Umair ; Sains Aktuari , UiTM
Nabila Syuhada ; Asasi TESL, UIA
Kalai ; Asasi Sains Hayat, UM
Ohm (Otromen) ; Asasi Kejuruteraan, UiTM
Hafizah (SAL) ; Seni Kulinari, UiTM
Ziizul ; Kejuruteraan Kimia, UiTM
Syiera ; Asasi Sains Hayat, UM
Belang ; Asasi Sains Fizikal, UM
ATossip ; Land Surveyor., UTM
Lobo ; Perakaunan, UiTM
Fahmi ; Tak dapatla upu, masok matriks je.. (????)
Syafaah ; maleh ar nak cek... (peh, confirm dapat jpa ekh??)
Jing Wei ; Upu tu apa?? (walawweyyhh!! siol je>>dia tak apply gov pon.)
Hadyan(SAL) ; unknown
Syuhada(SAL) ; unknown
Afi ; Mechanical Eng. , UiTM
Jasmine ; Cek mahu pergi mana? (unknwon)
Malik ; Asasi Sains Mekanisme Letupan UPNM (????!!!)
Sayo; Asasi Undang-Undang, UiTM
Mush; Asasi Sains Fizikal, UIA
Erm, setakat ni je saye dah tanye.. Nanti kalo ade lagi saye topap lah. Korang yg terbaca ni kalo tak termasuk antarla LOVE BITE kat saya kayh.. ngee
Kat sini nak cite sikit .. Saya sms kawan lama.. Sejak sekolah rendah dulu..
Owh... tercapai cita2 ko! Nanti ble bwatkan plan rmh ak! Ak asasi tesl.- dia
Insyaallah. Long way to go.-saya
Ingat, ko da janji mase drjh 6.-dia
Erm. Janji pe ekh? Ngee.-saya
Ko da janji nak bwat plan rmh ak... siap kate tgkt 2 ada pool. smpai ati ko! huhuhu Wah! Terer! Asal x amek bdg yg lbh chalenging? Btw congrats.-dia
Oh, insyaallah..Ni yg ak mrh ni! Pe ko ingat arch x chalenging ke? sama susah cam wat medic gak la. Kalo dpt kena study 5 thn.. Rmai yg amik slalu sparuh jln je. ada yg da thn ke 3 pon nk kuar.Btw doakan ak ekh. Erm, good luck ar ko. -saya
Ala! Jgn mare... D luar bdg mint ak, so ak xtau. Sowie!2x.-dia
Hehe. Tade r. Gurau saje.ngee. -saya
Terpulang kat org tu nak ckp camne.. Sebab pendapat org itu berbeza-beza. Tapi memang ramai yg amik course ni kata susah. Akak Aca sendiri pon ckp camtu.. (sambil psiko2 n influence me to take pharmacist course). Sebab course ni bukannye kena menghafal ke ape ke.. Tapi byk kena design.. So kepala otak kena banyak kreatif la. "gila2" sikit.. Mengong2 banyak.. haishh.. Bersedialah kamu Zuhair...
Ingatlah Zuhair kita berjuang dan belajar...
Belajar kerana ALLAH.
Belajar kerana kita orang ISLAM,
Belajar kerana kita orang MELAYU!
Hidup UMNO!!! (eh...opss terlebih sudaa.. xD)
Posted by ::Z U L:: at 8:59 AM 19 love bite/s
Labels: architecture, spm, upu
Selepas keluar keputusan SPM , aku mula rasa keliru.
Mahu ambil course apa? haha...
Macam-macam orang bagi nasihat, cadangan dan bla..bla..bla..
Aku banyak kali juga duduk semeja dengan mama dan abah. masa makan luar le.. Abah dengan mama nak sangat salah seorang anak dia ni ambil bidang yang ke arah medic.. ye lah, abah n mama kerja hospital maa... Tapi boleh kata semua anak-anak abah mama ni amik engineering.. Cuma akak Zura je ambil secretary(accountant pon boleh juga!).
Akak Aca kurang galakkan aku ambil kos seni bina. susah cari kerja. katanya... Akak Syare cadangkan banyak kos.. Perguruan, Akauntan, Perubatan.. Akak pun tak galakkan ambil engineering... waahh!!!!!!!
Aku teringat masa keluar result 12hb Mac lepas di depan DSK, abah terjumpa kawan dia.
Anak ke? dapat berapa A? , kata member abah.
Alhamdulillah la.. dapat 10 A, abah
Alhamdulillah... Nak ambil kos apa nanti?
Ermm... . . . (terdiam sekejap). . . farmasi... , aku
Oh.. nak ikut macam abah dia juga la ye..
Aku cuma senyum je.. Adoi.. betul ke apa yang aku cakap ni. Aku cuba untuk meminati bidang farmasi. Tapi.. sorilah..
Malam Ahad lepas aku ke KL jumpa akak Syare.. Bincang lagi selepas sudah keluar result SPM. Sampai rumah akak pukul 2 pagi. Aku bincang dengan akak sampai pukul 4 pagi. Dia tanya;
Adik minat kos ape? adik nak amik kos ape?
Ermm... akak pun dah tahukan..
Aku memang minat architecture , seni bina.. Cuma, aku cakap, aku rasa nak ambil kos farmasi. Lepas tu, aku tunjukkan slip keputusan SPM dekat akak. Akak tanya lagi;
erm, betul ke adik nak amik farmasi? Kimia adik ni A2.. boleh bawak ke?
Aku pun ada niat juga, b4 keluar result, kalau kimia aku A1, selesa sikitlah kalau nak ambil farmasi. Tapi kalau dah dapat A2, tak boleh nak cakap apalah...
Tu la pasal... , aku
Ermm.. macam ni lah... , akak
Akak aku cadangkan supaya ambil saja kos seni bina(architecture). Akak takut aku tak boleh bawa kos farmasi. Lagi-lagi apply kat luar negara. Akak cadangkan aku ambil kos seni bina dekat oversea or mana-mana saja lah. Tapi, nanti lepas dapat ijazah(insyaallah) terus sambung master, untuk jadi pensyarah. Masa tahun terakhir nanti akak kata memang ada offer untuk sapa-sapa yang nak sambung master. Kerja jadi pensyarah confirm memang ada. Banyak. Lagi-lagi kalau lulusan luar negara. Universiti mesti cari punya.. Akak yang katalah, sebab dia pernah alami...
Boleh gak... ermm.. ye lah, adik tak boleh tipu diri sendirilah..hehe.. , aku
So, aku sudah buat keputusan;
Aku ambil bidang Seni Bina...
Pelan A
Aku ada apply PILN (Program Ijazah Luar Negara) tajaan JPA. Harap-harap aku dipanggil temuduga dan seterusnya berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke New Zealand..Insya'allah.. Doakan aku ye semua.. Amin..
Pelan B
Aku juga apply Asasi Alam Bina di Universiti Malaya.. Kalau tidak, aku ambil Sarjana Muda Seni Bina di UiTM.
Pelan C
Masuk Matrikulasi...
Ya Allah.. Murahkan lah rezeki ku...Permudahkanlah urusanku...Amin...
Posted by ::Z U L:: at 11:27 PM 0 love bite/s
Labels: architecture, jpa, seni bina, spm